KUALA LUMPUR – Imej Kampung Baru pada bulan Ramadan kembali popular selain terletak di lokasi strategik di sini tetapi juga ia menjadi perhatian warga kota untuk mendapatkan bubur lambuk di Masjid Kampung Baru.
Lebih menarik, warga kota suka berbuka puasa dan bersolat terawih di masjid berkenaan.
Bagi yang mahu lebih selesa beribadat di masjid berkenaan, sebuah hotel bercirikan kemelayuan dan Islamik yang terletak berdekatan dengan masjid tersebut boleh dijadikan pilihan untuk menginap di situ.
Hanya mengambil masa beberapa minit melintas jalan dari masjid terkenal itu, pengunjung boleh memilih Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur (Tamu Hotel) untuk dijadikan destinasi untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan atau orang tersayang.

Tahun ini melalui konsep bufet Ramadan Extravaganza hasil daripada air tangan Cef Eksekutif, Azizul Mohd. Nor, pihak hotel akan terus menghidangkan menu masakan warisan tradisi Melayu bagi memenuhi permintaan dan keperluan peminat setia hotel…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: