Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Sumbangan Kopetro Catering kepada Kumpulan dijangka bertambah tiga kali ganda

today19 February 2025

Background


KUALA LUMPUR – Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro) menyasarkan sumbangan daripada perniagaan katering yang dioperasikan oleh Kopetro Catering Sdn. Bhd. (Kopetro Catering) meningkat sehingga tiga kali ganda kepada pendapatan kumpulan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah berkata, buat masa ini, segmen perniagaan makanan dan minuman (F&B) tersebut yang telah diusahakan sejak 30 tahun lalu telah menyumbang sebanyak 30 peratus kepada hasil Kopetro.

Menurut beliau, pihaknya teruja dengan perkembangan terbaharu daripada segmen bisnes tersebut pada tahun ini melalui penceburan syarikat dalam bidang perkhidmatan berkaitan perkahwinan yang akan dimulakan pada suku ketiga tahun ini dan juga dalam segmen tawaran bufet Ramadan pada tahun ini.

Mengulas lanjut mengenai segmen terbaharu itu, Ketua Operasi Bahagian F&B, Muhammad Hafiz Ilham Hussin menerangkan, syarikat telah terlibat dalam F&B sejak 30 tahun lalu dengan aktiviti…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post