Warga asing yang ingin mendapatkan pekerjaan dan menetap di negara ini sanggup membayar ribuan ringgit untuk dapatkan MyKad Palsu.
Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, maklumat itu diperoleh hasil risikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang kini menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti sindiket pemalsuan kad pengenalan dalam negara.
“Melalui hasil risikan JPN, terdapat penawaran kad pengenalan palsu dengan harga sekitar RM4,000 hingga RM5,000.
“Kebanyakan permintaan ini datangnya daripada warga asing yang ingin mendapatkan pekerjaan dan menetap di Malaysia,” katanya pada sesi soal jawab, di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh manakah langkah pemantauan serta tindakan penguatkuasaan diambil terhadap sindiket pemalsuan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: