“Kesiannya anak aku ni, tidur tak berbantal.. Kalau pakai, mesti lagi selesa dan nyenyak,”
Apabila berbicara tentang keselesaan anak ketika waktu tidur, pastinya pelbagai persediaan akan dilakukan ibu bapa terutamanya anak sulung semata-mata mahu memastikan cahaya mata mereka mendapatkan tidur yang berkualiti.
Ada yang diletakkan dalam buaian, didodoikan, ditepuk-tepuk, dibedungkan, diletakkan dalam baby bouncer, malah ada yang menyediakan segala kelengkapan termasuk tilam atau baby nest, bantal, selimut dan lain-lain.
Bagaimanapun, Pagi On Point bersama Haiza dan Muaz baru-baru ini telah menemubual Pakar Perunding Kanak-Kanak & Neonatologi Dr Syed Abdul Khaliq untuk mengetahui lebih lanjut tentang risiko penggunaan alat kelengkapan tidur serta kematian melibatkan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).
Menurut Dr. Syed, SIDS atau sindrom kematian bayi mengejut adalah keadaan kematian bayi yang tidak diketahui puncanya walaupun bayi tersebut dalam keadaan sihat, berumur kurang daripada setahun dan kerap berlaku ketika mereka sedang tidur di tempat tidur mereka.
Walaupun masih tidak dapat dipastikan punca utama sindrom ini berlaku, kajian yang dilakukan oleh Boston Children Hospital telah menemukan sindrom ini sebenarnya mempunyai hubungan dengan keadaan otak bayi yang tidak normal sekaligus menyebabkan bayi mengalami kesukaran untuk bernafas ketika tidur.
Kisah pemergian anak kepada selebriti Zaquan Adha dan Ayu Raudhah

Pada 11 Februari 2025, Malaysia dikejutkan dengan pemergian anak bongsu kepada pelakon Ayu Raudhah dan bekas pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha Abdul Radzak iaitu Muhammad Aisy Al Rees.
Jenazah Allahyarham Muhammad Aisy yang berusia 6 bulan telah menjalani proses bedah siasat dan selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada keesokan harinya.
Pasangan tersebut juga mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi punca sebenar pemergian bayi berkenaan selain memohon orang ramai mendoakan agar mereka dapat menempuh hari-hari yang mmendatang.
Banyak punca SIDS, bantal adalah salah satu daripadanya!
Bantal yang bagus adalah bantal yang memberi sokongan kepada leher agar badan berasa lebih tenang ketika tidur. Tetapi, bantal sebenarnya adalah berbahaya buat seorang bayi.
Penggunaan bantal yang tidak sesuai akan meningkatkan risiko bayi anda menghidapi SIDS, kerana bayi mungkin akan meniarap, membenamkan muka mereka ke dalam bantal lalu menyebabkan mereka sesak pernafasan.
Oleh itu, pakar perubatan menegaskan untuk ibu bapa menangguhkan idea untuk bayi tidur bersama bantal sehinggalah mereka mencecah usia 18 bulan.
Tonton video di bawah untuk ketahui punca-punca SIDS yang lain:-
View this post on Instagram