Bagaimanapun, keadaan kembali tenang selepas kanak-kanak itu berjaya diselamatkan dengan bantuan pasukan bomba.
Menerusi laporan Buletin TV3, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Wan Azizul Hakim Wan Jaafar memberitahu pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 8.49 malam pada Isnin.
Menurut beliau, sepasukan anggota dari BBP Jalan Raja yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Khairuddin Abu Bakar bersama empat anggota tiba di lokasi kejadian.
“Sebaik tiba didapati kaki kanan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tersepit pada eskalator.
“Kaki mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya.
Difahamkan, mangsa berjaya distabilkan oleh pasukan bomba dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kanak-kanak itu kemudian diserahkan kepada ibu bapanya dan kes dirujuk ke hospital swasta berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.
Operasi tersebut tamat pada jam 9.24 malam.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: