Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Nestle catat untung sebelum cukai RM544.4 juta tahun 2024

today25 February 2025

Background


PETALING JAYA – Nestle (Malaysia) Berhad (Nestle) mencatat perolehan RM6.22 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, turun sebanyak 11.7 peratus daripada paras jualan rekod yang tinggi yang dicapai pada 2023. 

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle, Juan Aranols berkata, prestasi jualan ini mengesahkan kekuatan dan daya tahan portfolio syarikat yang terjejas pada tahun 2024 oleh keraguan pengguna dan kekangan dalam kuasa beli. 

Menurut beliau, kesemua elemen ini telah menunjukkan pemulihan menjelang suku terakhir tahun lalu. 

Syarikat merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM544.4 juta dan keuntungan selepas cukai sebanyak RM415.6 juta, angka yang kukuh walaupun terdapat penurunan berbanding garis dasar keuntungan 2023 yang tinggi. 

“Seperti dikongsikan dalam kemas kini suku tahunan sebelum ini, kami berdepan dengan persekitaran operasi yang kompleks dan mencabar pada tahun 2024, dengan perbelanjaan pengguna yang berhati-hati dan keraguan yang berterusan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Sukan

The Cops akan bangkit lebih kuat

Kuala Lumpur: Penjaga gol PDRM FC, Bryan See Tian Keat menganggap kekalahan di pentas final Piala Cabaran sebagai satu titik kebangkitan mereka pada perlawanan seterusnya.

today25 February 2025