Menerusi video perkongsian @mlstudiosmy, seorang lelaki yang dikenali sebagai Ceo Kapal berkongsi pengalamannya ketika bertemu dengan Duyung.
Menurutnya, ketika itu dia sedang berlayar dalam sebuah kapal bersama dengan beberapa orang anak kapal untuk menuju ke sebuah destinasi.
Dia kemudian duduk di bahagian luar sambil menghadap laut untuk mengambil udara segar.
Namun, ketika itu kapalnya didatangi beberapa ekor ikan yang sedang mengelilingi sambil dilihat melakukan bulan kecil.
Dalam pada dia asyik melihat aksi tersebut, dia ternampak seperti seekor ikan yang mempunyai tangan dan separuh badan seperti manusia.
Apa yang lebih mengejutkannya adalah dia menyifatkan rupa ‘duyung’ tersebut kelihatan menakutkan dan buruk. Malah, dia memberitahu apa yang dinampaknya itu bukanlah seperti seorang wanita kerana ‘benda’ tersebut seperti mempunyai jambang.
Jelasnya lagi, mengapa dia tidak merakam atau mengambil gambar ketika itu adalah kerana telefon bimbitnya tidak berada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: