PETALING JAYA – MBSB Berhad mencatat Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) sebanyak RM586.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 2024 naik sebanyak 185.6 peratus berbanding PBT teras tahun sebelumnya sebanyak RM205.3 juta (tidak termasuk keuntungan sekali sahaja daripada pemerolehan MIDF pada 2023).
Pencapaian ini mengukuhkan lagi daya saing dan pertumbuhan MBSB.
Jika mengambil kira keuntungan daripada pemerolehan MIDF tahun lalu, PBT meningkat
kepada 4.6 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala Margin Keuntungan Bersih naik
dari 1.8 peratus kepada 2.4 peratus.
Dari segi pendapatan, MBSB mencatat pertumbuhan kukuh 31.4 peratus kepada RM3.7 bilion,
berbanding RM2.8 bilion pada tahun sebelumnya, didorong oleh kenaikan 27.2 peratus dalam
pendapatan dibiayai serta 73.0 peratus lonjakan pendapatan berasaskan yuran, hasil
sumbangan daripada MIDF.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rafe Haneef, berkata, bersempena ulang tahun ke-75 MBSB dalam industri, pihaknya mahu terus memacu pertumbuhan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: