Menerusi laporan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberitahu pihaknya akan berbincang cadangan tersebut dalam masa terdekat bersama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
“Kita akan bincang dengan MMKN jika ada keperluan, tetapi setakat ini masa yang telah ditetapkan itu mencukupi untuk mereka pulang bekerja dan sebagainya.
“Ikut kepada keperluan dan masa yang telah ditetapkan, kita juga ada pertimbangkan waktu fleksibel, kalau mereka pulang awal, perlu juga datang awal supaya masa kerja tak terganggu serta ada peluang tunaikan tanggungjawab sediakan juadah dan sebagainya,” katanya.
Difahamkan, sebelum ini, Negeri Sembilan telah membenarkan penjawat awam wanita yang bekerja di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang seawal jam 2 petang pada setiap Jumaat, pada Ramadan ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memberitahu kebenaran itu hanya membabitkan hampir 2,500 pekerja wanita, tidak termasuk yang berada di bawah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: