Video mesra Emma Maembong dengan seorang lelaki dengan nama pentas DJ Kidd menjadi tular sebelum ini dan menarik perhatian ramai pihak.
Shikin Maembong percaya video mesra Emma Maembong dan DJ Kidd adalah video lama.
Sebelum ini tular video dimuatnaik oleh DJ Kidd yang mendakwa Emma Maembong adalah isterinya dan berjanji dia akan menjadi suami yang terbaik.

Selain daripada video berpelukan mesra di atas motosikal, terdapat juga video pasangan itu berkucupan pipi dan beberapa gambar lagi.
Kakak kepada Emma Maembong iaitu Shikin Maembong tampil menjelaskan bahawa adiknya itu ketika ini tiada masa untuk berpacaran dengan sesiapa kerana sibuk dengan urusan kerjanya.

Dipetik daripada laman Beautifulnara, Shikin berkata: “Tapi apa yang saya boleh cakap sekarang, agak terkejut juga. Mungkin itu video-video lama masa mereka berkawan. Tapi sekarang ini tak ada dengar pula dia berkawan atau tidak.”

Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: