Menerusi video di laman TikTok @zukiemohamad769, kelihatan dia sedang memakai baju lengkap pengawal keselamatan dan menjamu selera.
Dia juga sempat membuat sesi siaran langsung di akaunnya sambil menjawab komen-komen yang diberikan netizen.
Kemudianya, dia berkongsi bahawa sebenarnya dia turut bekerja sebagai pengawal keselamatan demi untuk mencari duit lebih.
Katanya lagi, dia tidak mempunyai banyak tawaran kerja yang diberikan kepadanya di bulan puasa ini.
“Saya bulan puasa memang buat kerja part time, job tiada bulan puasa,” katanya.
Tambahnya, dia bekerja menjaga sebuah bangunan di Shah Alam dengan gaji RM1,700.
Malah, dia juga tidak kisah dengan kerja sambilan tersebut kerana menurutnya kerja sebagai pengawal keselamatan memberi banyak manfaat kepadanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: