Menerusi sebuah kenyataan media yang disampaikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dua individu yang terlibat atas kesalahan memuat naik dan memberi komen sensitif melibatkan agama Islam akan dikenakan kompaun RM10,000 setiap seorang.
“Tindakan kompaun itu akan dikenakan ke atas Harith Iskander dan Cecelia Yap di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan sebelum pindaan akta yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2025.
“Selepas menerima permohonan daripada MCMC, Meta telah menurunkan kandungan tersebut setelah ianya didapati melanggar garis panduan komuniti Facebook.
“Selain itu, permohonan penutupan akaun Facebook milik kedua-dua individu terbabit juga telah dibuat. Permohonan tersebut kini dalam penelitian dan penilaian pihak Meta,” tulis kenyataan itu.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: