Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Batik Air Mudahkan Perjalanan Perayaan Dengan Tambang Tetap Ke Sabah Dan Sarawak

today8 March 2025

Background
Batik Air


Syarikat penerbangan premium, Batik Air membawa pelanggan lebih dekat pada musim perayaan ini dengan pelancaran ‘Tiket Tetap Hari Raya’ bagi memastikan penumpang dapat terbang dengan mudah dan yakin, tanpa perlu risau tentang harga tiket yang berubah-ubah.

Inisiatif istimewa ini menawarkan tambang tetap sehala serendah RM319 ke Sarawak dan RM379 ke Sabah, dengan penerbangan yang beroperasi dari kedua-dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Baca Juga:

Anda boleh mengambil peluang untuk menikmati tambang istimewa ini dengan membuat tempahan dari sekarang hingga 15 Mac 2025.

Ia dapat memberikan masa yang cukup untuk penumpang merancang perjalanan mereka. Tempoh perjalanan adalah sah dari sekarang hingga 7 April 2025 dimana ia selaras dengan musim Hari Raya bagi membolehkan penumpang menempah penerbangan mereka lebih awal.

Dengan membuat tempahan awal, penumpang boleh menikmati…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post