PETALING JAYA – Minyak dan gas merupakan sumber yang penting dalam ekonomi, terutamanya kepada negara-negara pengeluar.
Malaysia sebagai salah sebuah negara pengeluar minyak turut menerima manfaat daripada sumber tersebut.
Malah, minyak dan gas merupakan komponen penting untuk ekonomi Malaysia dan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan.
Hasilnya disalurkan untuk membiayai pelbagai projek sosial berskala besar dan kecil, manakala kesannya dapat dinikmati oleh rakyat.
Sektor minyak dan gas juga menjadi penjana pendapatan terbesar buat Malaysia dengan menyumbang pendapatan sehingga RM300 bilion setiap tahun kepada negara.
Selain itu, hasil yang diperoleh negara juga turut dibelanjakan untuk subsidi bagi sektor-sektor tertentu.
Hakikatnya, rakyat Malaysia telah lama menikmati subsidi yang disalurkan kerajaan termasuk subsidi bahan api diesel dan petrol.

Matlamat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: