Kejadian itu dikongsi oleh mangsa yang dikenali sebagai Elijah, di akaun laman X miliknya pada Ahad, 16 Mac.
Menurut, ketika itu dia sedang makan di FamilyMart di Angsana Mall, Johor Bahru, apabila seorang lelaki mendekatinya dan bertanya sama ada dia berbangsa Cina.
Difahamkan, Elijah, yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari Sarawak, menjawab “ya“.
Lelaki itu kemudiannya meminta bukti agar dia menunjukkan kad pengenalannya, tetapi dia menolak, dengan mengatakan dia tidak diwajibkan berbuat demikian untuk orang yang tidak dikenali.
“Dia lepas tu tanya kalau saya Islam atau bukan Islam, dan marah kenapa makan pada masa puasa ni, walaupun saya bukan Islam dan saya tidak ada ganggu dia. Dia boleh sampai tampar saya beberapa kali pulak, ” katanya.
Elijah juga memberitahu dia berasa syukur kerana anak lelaki itu campur tangan dan cuba meredakan keadaan. Malah, memohon maaf bagi pihak bapanya
“Syukurnya anak dia memang baik dan lepas tenangkan situasi,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: