Menurut beliau, kutipan hasil negeri amat memberangsangkan dengan RM691 juta direkodkan sehingga hari ini.
Perkara itu menunjukkan bahawa kerajaan negeri berada dalam landasan yang kukuh dari segi pencapaian ekonominya.
“Insentif Khas Raya sebanyak RM250 juga diberikan kepada 50,000 penjawat awam Persekutuan dengan gaji RM3,000 ke bawah.
“Insentif ini akan dipanjangkan kepada pemimpin masyarakat, pegawai perhubungan kampung, ketua komuniti India, penyelia Wanita Berdaya, dan Penggerak Belia Selangor juga menerima setengah bulan elaun ataupun minimum RM500.
“Petugas masjid antaranya nazir, imam, siak dan bilal pula akan menerima RM500 yang akan disumbangkan melalui Menteri Besar (Pemerbadanan) MBI,” katanya.
Beliau berkata, pemberian insentif berkenaan membabitkan implikasi kewangan keseluruhan RM38.75 juta.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: