PETALING JAYA – Co-opbank Pertama (CBP) terus menunjukkan prestasi kewangan cemerlang dengan mencatatkan keuntungan RM124.19 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, iaitu 3.1 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.
Sehingga 31 Disember 2024, jumlah modal syer CBP telah mencatatkan lebih RM1.6 bilion dan jumlah tersebut mencukupi untuk menyokong perkembangan perniagaannya tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, pihaknya perlu sentiasa memantau dan memastikan kedudukan modal berada pada tahap optimum, selaras dengan perkembangan perniagaan.
”Pembukaan semula Syer Keanggotaan CBP pada Jun 2024 bertujuan untuk membantu meningkatkan kedudukan Nisbah Modal Berwajaran Risiko (RWCR) ke tahap yang sihat untuk menyokong pertumbuhan perniagaan.
“Pada masa yang sama, ia bagi mematuhi nisbah kehematan yang ditetapkan oleh kedua-dua pengawal selia CBP, iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Bank Negara Malaysia (BNM),”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: