Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Nestle labur RM250 juta bina hab logistik di Pelabuhan Klang

today21 March 2025

Background


PETALING JAYA – Nestle Malaysia melaksanakan majlis pecah tanah bagi pembinaan hab logistik bersepadu serba canggih di Pelabuhan Klang baru-baru ini, membabitkan pelaburan berjumlah RM250 juta.

Kemudahan berkenaan direka secara strategik untuk berfungsi sebagai hab logistik serantau, memudahkan eksport produk Nestlé Malaysia ke lebih daripada 60 negara di seluruh dunia serta mendapatkan bahan mentah yang diimport.

Ia juga sebahagian daripada strategi Nestle untuk meningkatkan kecekapan dan kelestarian rantaian bekalan, sambil menyokong ekonomi tempatan melalui penciptaan pekerjaan dan pembangunan infrastruktur.

Hab yang dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang suku tahun pertama 2026 itu merangkumi sebuah gudang moden serta ruang laman kontena, dan akan memanfaatkan ekonomi skala dan pendigitalan bagi mengoptimumkan operasi serta memberikan perkhidmatan lebih baik.

Dengan menggabungkan teknologi canggih dan inovasi mampan, ia turut memainkan peranan dalam mengurangkan kesan alam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Luar Negara

UK kemas kini nasihat perjalanan untuk rakyatnya yang ke AS

London: United Kingdom (UK) baru-baru ini mengemas kini nasihat perjalanan kepada rakyatnya yang ingin ke Amerika Syarikat (AS), dengan menyertakan amaran bahawa sesiapa yang didapati melanggar peraturan kemasukan AS berisiko ditangkap atau ditahan. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today21 March 2025