PETALING JAYA – Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Pameran Matta) yang akan berlangsung pada pertengahan bulan April ini akan menyaksikan penyertaan Lembaga Pelancongan Sabah bersama lebih 40 agensi untuk mempromosikan pelbagai produk pelancongan di negeri tersebut.
Pavilion Sabah bakal menjadi tumpuan pengunjung pada pameran berkenaan dan pelbagai kejutan, program dan hadiah bakal ditawarkan melalui permainan yang dianjurkan seperti Watch & Win and Find Me! .
Pelanggan bertuah juga bakal membawa pulang baucar rebat bernilai RM100 bagi setiap pembelian transaksi yang dibuat daripada mana-mana ejen pelancongan dan hotel Sabah.
“Pameran Matta ini juga akan mempamerkan jenama pakaian tempatan Chanteek Borneo dan minuman premium Uinah di Pavilion Sabah,” jelas kenyataan yang dikeluarkan Sabah Tourism hari ini.
Menurut agensi tersebut, seperti negeri lain di dalam Malaysia, Sabah juga sedang giat membuat persiapan untuk menjayakan program Tahun…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: