Peminat Ejen Ali kini boleh mula merasai kehangatan ancaman baharu Neonimus dengan pelancaran treler rasmi pertama Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) di saluran YouTube dan platform media sosial Ejen Ali pada 25 Mac, jam 3.00 petang!
Sejurus selepas dilancarkan, treler berdurasi 1 minit 23 saat ini mencetuskan fenomena di platform digital dengan mencatatkan 300,000 tontonan di YouTube dan 1.3 juta tontonan di TikTok dalam tempoh kurang daripada 24 jam.
Usamah Zaid Yasin, pengarah filem ini, berkongsi keterujaan beliau melalui komen, “Sejak kami mula berkongsi tentang perkembangan EATM2 tahun lepas, kami menerima banyak teori dan spekulasi dari peminat tentang identiti sebenar Neonimus. Diharapkan naskah ini mampu memberi kepuasan tinggi buat peminat tegar Ejen Ali dan kami pastinya akan membawa lebih banyak kejutan, humor, dan momen menyentuh hati dalam evolusi Ali kepada versi terbaik dirinya dalam EATM2.”
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: