Ketua bahagian E-Dagang SK Jewellery, David Lau berkata, lebih ramai pelanggan muda dalam lingkungan usia 20-an dan 30-an tahun dilihat semakin cenderung mendapatkan jongkong emas.
“Tawaran kita sempena hari raya ini bukan untuk menggantikan tradisi memberi duit raya, tetapi ia lebih kepada sejenis produk pelengkap.
“Jongkong emas menawarkan pilihan yang mampu milik untuk dipertimbangkan pelanggan sebagai hadiah kepada keluarga mereka dan rakan-rakan.
“Ia bukan sahaja sebagai kenangan, tetapi juga cara untuk melabur dalam nilai emas, yang meningkat dari segi harganya sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: