PETALING JAYA – Simpati dan prihatin terhadap nasib komuniti terjejas akibat kebakaran yang berlaku di Putra Heights baru-baru ini, Kumpulan CIMB, AmBank dan Bank Muamalat bersedia membantu pelanggan, perusahaan dan juga peniaga mikro untuk mengurangkan beban kewangan yang dihadapi mereka.
Bagi CIMB Bank Berhad (CIMB Bank) dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic), pihaknya telah memudahkan proses permohonan tersebut dan pelanggan hanya perlu menyediakan maklumat asas sahaja.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Novan Amirudin berkata, kumpulan pelanggan PKS yang terjejas daripada kebakaran yang memerlukan bantuan tunai tambahan juga boleh memohon untuk mendapatkan sokongan modal kerja bagi meneruskan kelangsungan perniagaan masing-masing.
“Kami berharap dengan usaha ini akan dapat membantu pelanggan individu dan perniagaan mengurangkan beban kewangan daripada bencana tersebut dan seterusnya membantu mereka membina semula kehidupan,” katanya dalam kenyataan di sini…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: