PETALING JAYA – Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad, menyediakan 62 kenderaan untuk kegunaan mangsa kebakaran saluran paip gas Putra Heights secara percuma untuk tempoh sebulan.
Sebanyak 40 kenderaan model sedan, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) daripada jenama runcit EON iaitu Proton, Mitsubishi, dan Volkswagen disediakan buat keluarga mangsa yang mana yang kereta mereka musnah atau rosak teruk akibat kejadian itu.
Model kenderaan lain turut disediakan melalui anak syarikat penyewaan kereta EON, Avis Malaysia.
Selain itu, 22 unit pikap dan kenderaan elektrik jenama smart disediakan untuk agensi kerajaan dan organisasi yang memberikan bantuan kepada mangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif EON yang juga Ketua Pengedaran Automotif di DRB-HICOM Berhad, Akkbar Danial berkata, ramai keluarga bukan sahaja kehilangan tempat tinggal, tetapi juga pengangkutan utama mereka akibat kebakaran.

Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: