Tapi pernahkah anda terfikir bahawa ada kemungkinan kehadiran mereka merupakan sindiket untuk mendapat duit raya?
Itulah persoalan yang timbul menerusi perkongsian @faiz.suhaimi1 di TikTok memberitahu pengalamannya menjemput masuk seorang kanak-kanak yang tidak dikenalinya datang beraya.
“Ada sorang tu umur tujuh tahun dia datang sorang-sorang, aku tanya mana kawan-kawan, adik beradik, sedara mara, dia kata takde dia datang sorang.
“Aku cakap, aik jalan kaki ke, dia kata tak mak ayah dia hantar naik kereta setiap rumah untuk collect duit raya.
“Aku tanya dia mana mak ayah dia, ada kat depan sana tapi mak ayah dia tak masuk anak dia sorang je masuk,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: