Setiap kali hadirnya bulan Ramadan, akan bangkit isu harga makanan yang dijual di bazar yang terlalu mahal. Jika zaman dahulu, kita mampu untuk membeli pelbagai juadah berbuka puasa di bazar namun kini mungkin ada yang hanya membeli dengan kadar yang sikit atau lebih memilih untuk masak sendiri di rumah.
Kool 101 adakan Bazar Kool buat orang ramai
Kool 101 peka dengan kekangan yang dihadapi masyarakat untuk membeli di bazar Ramadan. Oleh itu, Kool 101 mengambil inisiatif untuk mengadakan Bazar Kool dengan kesemua menu yang dijual berharga RM5 sahaja! Setiap hidangan yang dijual merupakan hidangan yang lengkap dan berkualiti buat individu yang hadir di Bazar Kool.
Menurut Content Director Kool 101, Rara, beliau cakna tentang rakyat Malaysia yang mengeluh dengan harga makanan di bazar yang semakin mahal. Dengan adanya Bazar Kool ini, ia juga memberi ruang buat peniaga kecil sekitar Lembah Klang untuk mempromosikan jualan mereka.
View this post on Instagram
Bazar Kool telah diadakan pada 24 Mac 2025 bertempat di KL Sentral Link Bridge ke arah MRT Muzium Negara, Stesen Sentral, Kuala Lumpur. Peniaga mula membuat persiapan seawal jam 3.30 petang dan mula berniaga jam 4 petang ditemani penyampai radio Kool 101 iaitu Muaz, Pak Nil dan juga Jamal Jamaluddin.
Peniaga Bazar Kool berminat untuk sertai lagi tahun depan
Lebih kurang 11 peniaga yang mengambil bahagian menjual di Bazar Kool dan kesemua makanan mereka habis terjual seawal jam 5.30 petang. Menu yang pertama sekali sold out adalah Loaded Mashed Potato yang dijual oleh Puan Ryn. Beliau yang pada mulanya agak risau dengan sambutan di Bazar Kool yang baru pertama kali diadakan namun lega apabila pelanggan sudah mula beratur di hadapan gerainya ketika beliau masih lagi dalam persiapan untuk mula menjual. Beliau gembira berkesempatan untuk menyertai Bazar Kool dan dapat kongsikan kepada orang ramai makanan yang dijualnya dengan harga yang cukup berbaloi.
View this post on Instagram
Menurut Encik Faizil yang merupakan peniaga nasi berlauk dari Desa Cafe di Desa Pandan pula, tiada masalah jika peniaga ingin menjual makanan berharga RM5 di bazar kerana ia turut memberi keuntungan dan tidak semuanya akan rugi. Sementara itu, seorang lagi peniaga di Bazar Kool iaitu Haikal berkata Roti John yang dijualnya sold out dalam masa tidak sampai sejam dan berminat untuk sertai lagi Bazar Kool sekiranya diadakan lagi pada tahun depan.
View this post on Instagram
Bazar Kool dimeriahkan dengan Caliph Buskers
Caliph Buskers yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan memeriahkan lagi suasana di Bazar Kool dengan nyanyian mereka dan turut mendendangkan beberapa lagu raya. Sambil pengunjung membeli juadah untuk berbuka sambil itu dapat berhibur dengan persembahan dari Caliph Buskers.
View this post on Instagram
Pengunjung mampu borong makanan lebih dari satu juadah
Kesemua pembeli di Bazar Kool gembira dengan harga yang dijual iaitu RM5 sahaja dan berpendapat ia sangat berbaloi. Ada yang berkesempatan untuk memborong setiap gerai yang dibuka di Bazar Kool dan rata-rata mengharapkan akan ada lagi Bazar Kool pada bulan Ramadan akan datang.
View this post on Instagram
Kool 101 akan mempertimbangkan untuk mengadakan lagi Bazar Kool selepas ini, adakah anda sebagai peniaga atau pembeli berminat sekiranya Bazar Kool kembali lagi tahun depan? Nantikan ya!