KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu lalu mengumumkan pelaksanaan tarif import timbal balik ke atas banyak negara termasuk Malaysia, yang dikenakan kadar 24 peratus.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada sidang akhbar khas berkenaan tarif AS di Menara MITI hari ini membentangkan lima langkah yang sedang dan akan diambil oleh kerajaan dalam menangani impak tarif.
-
Pusat Tindakan Geoekonomi Nasional (NGCC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri telah diaktifkan. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang membuat kajian impak kepada sektor-sektor eksport utama ke AS, dan NGCC akan mempertimbangkan dapatan dari kajian tersebut semasa mesyuarat seterusnya dalam masa terdekat.
-
MITI sendiri akan membangunkan satu pasukan petugas/Task Force bagi mengumpul maklumbalas dari semua pihak berkepentingan. Ini untuk memastikan eksport dan pelaburan Malaysia tidak terkesan teruk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: