Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Isteri Beli Rumah Sebelum Kahwin, Suami Pening Kena Bayarkan Half

today7 April 2025

Background


Menerusi perkongsian di laman X, lelaki itu memberitahu isterinya telah membeli rumah di atas namanya sendiri sebelum mereka berkahwin.

Malah, rumah itu dijangka akan siap pada akhir tahun ini. Dek kerana itu, isterinya telah meminta agar lelaki berkenaan membayarkan separuh daripada harga rumah tersebut.

Tidak dinyatakan harga rumah tersebut, lelaki berkenaan meluahkan rasa tertekannya selepas diminta isterinya. Menurutnya, bulanan rumah tersebut adalah separuh daripada gajinya.

Perkara itu membuatkan dia terpaksa melakukan dua pekerjaan demi mendapatkan pendapatan lebih.

“Hujung tahun ni rumah aku siap. Wide beli sebelum kita orang kahwin. Masalahnya harga monthly hampir 90% gaji aku. Sekarang aku buat 2 job sebab wife minta bayar half. Kalaulah dia tak beli rumah tu mesti aku tak serabut sekarang,” luahnya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post