Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, wanita Cina yang dikenali sebagai Lily itu memberitahu ibunya perlu dipindahkan ke hospital besar kerajaan di Serekei, Sarawak.
Namun, dia meluahkan rasa gementar dan bimbang akan beberapa faktor seperti kekurangan doktor, katil hospital yang terhad, dan ketidakpastian tentang fasiliti di hospital pekan kecil.
Malah, dia juga bimbang jika bilik pembedahan penuh dan pembedahannya dijadualkan terlalu lewat, yang boleh menjejaskan proses pemulihan ibunya.
Namun, ia benar-benar mengubah pandangannya sebaik sahaja menerima rawatan di situ.
“Hospital ini jauh lebih besar daripada yang saya bayangkan. Doktor sangat ramai, jadi tiada masalah untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Apa yang lebih mengejutkan ialah rupa-rupanya terdapat ramai petugas perubatan berbangsa Cina di hospital tersebut. Perkara itu memecahkan stereotaipnya bahawa ‘hospital kerajaan hanya ada kakitangan Melayu’.
“Doktor sangat profesional, jururawat berdedikasi dan sangat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: