Penganjuran rumah terbuka ini dimulakan dengan sambutan yang begitu meriah di McDonald’s Pantai Sentral Park, Kuala Lumpur pada 11 April.
Sambutan ini akan terus dibawakan ke lokasi seterusnya di McDonald’s Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur (12 April), McDonald’s Indera Mahkota, Pahang (18 April), McDonald’s Bandar Baru Uda, Johor (19 April) dan McDonald’s Tabuan Jaya, Sarawak (26 April).
Menurut Dato’ Haji Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Hari Raya Aidilfitri adalah waktu untuk merapatkan hubungan dan silaturrahim.
“McDonald’s Malaysia amat berterima kasih atas sokongan yang berterusan daripada rakyat Malaysia selama ini. Menerusi Rumah Terbuka Raya Mekdi, kami ingin meraikan Hari Raya bersama komuniti di mana kami beroperasi dengan penuh kemeriahan.
“Ini adalah cara kami memberi penghargaan kepada pelanggan kami dan mencerminkan nilai kebersamaan serta saling menghargai yang menjadi teras musim perayaan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: