Menerusi video yang dikongsi oleh Kekanda di YouTube channelnya, dia tidak menyangka pak cik itu akan duduk di sebelahnya ketika sedang menunaikan umrah.
“Allah tahu hamba-Nya sedang rindukan seseorang. Tiba-tiba ada seseorang duduk sebelah Kanda. Allah tahu segalanya. Apa yang kita inginkan, apa yang kita rindu. Walaupun sekali imbas pun dah sama, syukur Ya Allah. Al Fatihah ayah,” katanya.
Kanda sempat berbual beberapa minit dengan pak cik itu dan mengambil gambar bersama sebagai kenangan untuk melepas rindu.
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah senyuman pak cik itu memang seakan sama dengan arwah ayah Kanda yang meninggal dunia pada Ogos tahun lalu.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: