Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelanggan Geli Tengok Makanan Diterima

today22 April 2025

Background


Menerusi video di akaun TikTok @sity_187, seorang pelanggan meluahkan rasa kesalnya selepas melihat pulut sambal dibeli di sebuah gerai.

Difahamkan, daun pisang yang digunakan untuk membungkus makanan tersebut tidak dicuci dengan bersih sehingga nampak kekotoran lain.

“Tolong lah kalau diri tu pemalas dan pengotor, tolong jangan buat makanan untuk dijual. Masa balut pulut sambal ni, takkan tak nampak daun tu. Takkan ambil daripada pokok tak lap dulu bersih-bersih.

“Masalahnya aku dah makan sebiji, geli tekak daun pisang kotor. Sebiji lagi aku buka ada makhluk tak tahu yang hitam tu, pengotor sungguhlah,” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak menyatakan lokasi gerai berkenaan tetapi berdasarkan lokasi pada video, ia terletak di Kangar, Perlis.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post