Laporan daripada Berita Harian memberitahu latihan itu akan dijalankan di dua kem Rejimen Askar Wataniah, iaitu Kem Rejimen 515 di Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 di Pekan, Pahang.
Malah, sepanjang program, pelatih akan mengikuti modul latihan yang merangkumi 70 peratus Latihan Asas Ketenteraan dan 30 peratus Komponen Kenegaraan.
Antara kandungan Latihan Asas Ketenteraan termasuk kemahiran asas ketenteraan, dasar keselamatan negara, asas kesejahteraan hidup Malaysia MADANI serta latihan kepimpinan.
Dalam pada itu, modul Komponen Kenegaraan pula memberi tumpuan kepada pembinaan jati diri, semangat patriotisme dan usaha memperkukuh perpaduan.
Mereka berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan PLKN 3.0 Siri 2/2025 boleh menghubungi JLKN di talian 03-40133613 atau 03-40133618 (Unit Pelatih), atau emel ke [email protected].
Sebelum ini, PLKN 3.0 yang diperkenalkan semula sebagai program nasional berfokuskan pembangunan belia secara holistik, dilihat selari…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: