Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kos Kahwin Di Malaysia Antara Tertinggi Di Asia Tenggara, Boleh Cecah Sehingga RM200,000!

today28 April 2025

Background


Menerusi laporan The Sun, Profesor Keusahawanan dan Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Datuk Dr Nik Maheran Nik Muhammad berkata faktor inflasi, peningkatan kos tempahan venue dan katering serta tekanan dari orang ramai menyebabkan pasangan pengantin terpaksa berbelanja sehingga RM50,000 ke RM200,000 hanya untuk melangsungkan majlis perkahwinan.

“Perbelanjaan perkahwinan Malaysia adalah antara yang tertinggi di Asean, dengan kos purata antara RM50,000 hingga RM200,000.

“Sebagai perbandingan, perkahwinan di Kemboja dan Filipina adalah jauh lebih berpatutan, dengan purata masing-masing sekitar AS$15,000 (RM71,000) dan AS$4,800 (RM22,800),” katanya.

Kajian menadapati pasangan berbangsa Cina lebih cenderung memperuntukkan dana untuk lokasi majlis dan katering yang mewah manakala pasangan berbangsa Melayu dan India sering berbelanja lebih untuk hiasan dan kuantiti jemputan.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Iqmal Hazzwan


Previous post