Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

[VIDEO] Pelancong China Tersalah Masuk Open House, Nampak Berselera Jamah Hidangan Raya

today28 April 2025

Background


Memandangkan dia tidak begitu mahir berbahasa Mandarin, wanita berkenaan mendapat bantuan seorang rakannya untuk bertanya kepada lelaki China terbabit.

“Dia beritahu pada lelaki itu yang ini bukan restoran tapi rumah terbuka hari raya, lelaki tu pun malu dan minta untuk beredar.

“Tapi kami halangnya, kami cakap pada dia sesiapa yang nak makan kena makan, kamu tak boleh keluar dari sini tanpa makan.

“Kami bagi dia serba sedikit juadah raya untuk beri dia rasa, walaupun nampak malu dia tetap makan, lepas habis saja makan dia cuba untuk beri bayaran, kami tolak dan cakap pada dia tak perlu bayar apa-apa kalau datang rumah terbuka,” ujarnya.

Pelancong tersebut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada mereka berkali-kali dalam bahasa Mandarin sebelum beredar.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Iqmal Hazzwan


Previous post