Gangguan bekalan elektrik besar-besaran (massive black out) yang melanda Sepanyol dan Portugal baru-baru ini telah menjejaskan kehidupan seharian jutaan penduduk di Semenanjung Iberia.
Kejadian itu bermula sekitar tengah hari pada Isnin, 28 April 2025, apabila sistem grid elektrik mengalami kerosakan mengejut yang menyebabkan bekalan terputus di hampir keseluruhan wilayah kedua-dua negara.
Baca Juga:
Keadaan ini menyebabkan pengangkutan awam seperti kereta api dan metro terhenti, lampu isyarat tidak berfungsi, serta gangguan kepada perkhidmatan komunikasi dan internet.
Hospital-hospital terpaksa menggunakan penjana kecemasan manakala ribuan penumpang terkandas di lapangan terbang dan stesen metro.

Menjelang pagi Selasa, usaha pemulihan telah menunjukkan hasil yang ketara. Lebih 99% bekalan elektrik di Sepanyol berjaya dipulihkan, manakala di Portugal, 6.2 juta daripada 6.5 juta isi rumah telah kembali menerima…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: