Polis Terengganu telah menyita aset milik seorang peniaga kosmetik bernilai RM981,500 yang terdiri daripada tiga kereta, wang tunai serta pelbagai barangan kemas.
Aset itu disyaki hasil daripada kegiatan pengedaran dadah, petik Berita Harian.
Baca Juga:
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata ia susulan penahanan seorang lelaki tempatan bersama rampasan dadah jenis syabu seberat 1.02 kilogram bernilai RM32,000 Isnin lalu.
Suspek berusia 35 tahun yang juga peniaga kedai kosmetik ditahan dalam serbuan di sebuah premis tidak beroperasi di Kampung Paya Keladi di sini, kira-kira 8.40 malam.
“Aset yang disita termasuk Toyota Alphard, Mini Cooper Countryman dan Range Rover, wang tunai berjumlah RM7,700, serta beberapa barangan kemas seperti gelang tangan, rantai leher dan gelang kaki emas.
“Hasil pemeriksaan terhadap tubuh suspek menemukan satu plastik hijau mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.02 kilogram, dipercayai untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: