Menurut sebuah kenyataan daripada Kementerian Kewangan, perkara ini selari dengan bilangan kedai runcit dan pasar raya berdaftar di bawah SARA yang telah mencecah lebih 3,700 buah di seluruh negara berbanding 700 tahun lepas.
“Sambutan sangat menggalakkan apabila 72 peratus daripada jumlah 5.4 juta penerima SARA mula berbelanja menggunakan MyKad dalam bulan pertama pengkreditan SARA. Penerima SARA telah ditingkatkan daripada 700,000 kepada 5.4 juta mulai April.
“Kadar maksimum SARA yang diterima tahun ini adalah hingga RM2,100 berbanding RM1,200 pada tahun lepas, yang merupakan peningkatan 75 peratus. Pembelian SARA boleh dibuat sepanjang tahun dan baki kadar atau kredit bulanan SARA akan dibawa ke bulan seterusnya hingga 31 Disember,” kata kenyataan itu.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: