Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Budak Lelaki 10 Tahun Ada Autisme Hafal Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan

today4 May 2025

Background
Budak Lelaki 10 Tahun Ada Autisme Hafal Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan


Setiap hari tanpa gagal, Ahmad Ziyyad Mohd Zahir melazimi bacaan Al-Quran dalam suasana tenang di rumah sewa keluarganya di Bukit Payong, Marang, Terengganu — jauh daripada gangguan televisyen atau peranti elektronik.

Hanya selepas empat bulan dan 10 hari, kanak-kanak berusia 10 tahun itu berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran — satu pencapaian luar biasa bagi sesiapa sahaja, apatah lagi seorang anak kecil yang disahkan menghidap autisme ketika berusia tujuh tahun, petik Free Malaysia Today.

Ibunya, Nurul Shahida Lukman, 35, berkata anaknya mencapai kejayaan itu melalui penyertaannya dalam sebuah program yang dikendalikan oleh Akademi Al-Quran Amalillah, sebuah institusi tahfiz yang terletak di Marang.

Beliau berkata Ahmad Ziyyad – atau Abe Yadd, panggilan manja mereka sekeluarga – telah menunjukkan minat terhadap Al-Quran sejak masih bayi. Malah, sebelum mencecah usia tiga tahun, dia sudahpun menghafaz 42 ayat hanya melalui pendengaran…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post