Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Warren Buffett Umum Akan Berundur Sebagai CEO Berkshire Hathaway, Siapakah Penggantinya?

today4 May 2025

Background
warren buffett


Warren Buffett mengumumkan bahawa beliau merancang untuk mengundurkan diri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Berkshire Hathaway (BRK-B, BRK-A) pada akhir tahun ini. Beliau mencadangkan Greg Abel sebagai penggantinya.

“Saya rasa telah tiba masa Greg menjadi CEO syarikat pada hujung tahun ini,” kata Buffett semasa mempengerusikan mesyuarat tahunan syarikatnya yang ke-60. “Saya mahu mencadangkan perkara ini kepada para pengarah, secara langsung.”

Lembaga pengarah Berkshire dijadualkan bermesyuarat pada Ahad, 4 Mei. Greg Abel, kini merupakan Naib Pengerusi Berkshire Hathaway telah dikenalpasti sebagai pengganti Buffett sejak tahun 2021.

Buffett menambah, “Saya akan terus menyokong dengan memberikan nasihat dan mungkin berguna dalam beberapa hal. Tetapi keputusan akhir akan menjadi milik Greg.”

Greg Abel
Sumber: CNBC

Sebelum pengumuman tersebut dibuat pada hari Sabtu, Buffett hanya membincangkan keputusan ini dengan dua ahli lembaga Berkshire,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hairi Ariff


Previous post