“Mi tikus ini berasal daripada nama asli masakan Cina iaitu ‘lo shi fun’ yang bermaksud mi tikus dalam dialek Kantonis, dari saya kecil ia memang dah dipanggil mi tikus kalau diterjemah ke bahasa Melayu, jadi saya kekalkan nama itu.
“Seronok dapat tengok pelanggan Melayu nikmati makanan Cina, idea ini tercetus selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila isteri yang ketika itu tidak bekerja mahu berniaga, jadi saya bantu dia. Ketika itu ada menu laksa dan mi kari, jadi saya masukkan juga menu masakan Cina,” katanya.
Menurut Abang Wan lagi, mi tikus diperbuat daripada mi laksa pendek yang digoreng bersama beberapa bahan seperti bawang, telur, udang dan kicap.
Pada awalnya, dia pernah menimba pengalaman di sebuah restoran Cina di Klebang Besar, Melaka selepas tamat sekolah dan membawa pulang teknik serta resipi yang kini diubah suai agar menepati piawaian halal tanpa mengorbankan rasa asli masakan Cina.
Malah, dia pernah membantu keluarganya membuka gerai makan di Medan Kidd…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: