Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ibu Kongsi Anak Umur 10 Tahun Gigih ‘Shoot’ Video Kahwin, Ramai Teruja Tengok Hasilnya

today6 May 2025

Background


Bercakap kepada SEISMIK, ibu kepada kanak-kanak yang bernama Arsyad itu memberitahu pada awalnya dia tidak menyedari minat anaknya terhadap kamera.

“Sebenarnya tak pernah perasan sejak bila dia suka kamera. Mungkin dari sebab selalu tengok abah dia buat kerja,” katanya.

Menurutnya, antara sebab utama mungkin adalah kerana Arsyad yang sering melihat bapanya yang bekerja sebagai jurugambar dan juruvideo. Dia dan suami turut teruja melihat hasil yang diambil oleh anak mereka.

“Saya amazed sebab dia boleh tiru apa yang suami buat dengan hanya perhatikan je dan ada kehendak nak belajar bila suami offer. Suami happy sebab dia pandai ambil angle yang cantik,” ujarnya lagi.

Namun, buat masa ini dia dan suami tidak membelikan Arsyad sebarang kamera dan hanya menggunakan kamera daripada telefon sebagai praktis untuk dirinya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post