Malaysia menempah aksi final kedua Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 pada malam apabila skuad Double mengikuti jejak langkah pasukan Quadrant selepas menundukkan India 2-0, sebentar tadi.
Mendapat sorakan padu penyokong di Stadium Titiwangsa, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Aidil Aiman Azwawi mempamerkan aksi kemas untuk mengenepikan cabaran hebat India yang dibarisi Yumnam Akash dan Sorokhaibam Malemnganba Singh.
Berdepan lawan yang merupakan juara kumpulan, India jelas tidak memberikan laluan mudah buat skuad negara.
Ia dapat disaksikan apabila kedua-dua pasukan terikat 11-11 dalam aksi yang cukup sengit. Tuah memihak Malaysia kemudiannya selepas ‘blocking’ Noraizat berjaya mencuri mata daripada servis sendiri.
Kesempatan itu diambil sepenuhnya Noraizat dan Aidil untuk memenangi set pertama dengan jurang 15-12.
Skrip sama disaksikan pada set kedua dimana Yumnam Akash pula melakukan hadangan baik rejaman Noraizat bagi membolehkan India…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: