Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia Muncul Juara Quadrant Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025

today12 May 2025

Background


Malaysia menoktahkan rentak cemerlang dalam acara Quadrant dengan muncul juara Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 selepas berjaya menundukkan Jepun 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung sebentar tadi.

Mendapat sorakan padu ribuan penyokong di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, skuad negara yang dibarisi  Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Muhammad Shahalril Aiman Halim, Amirul Zazwan Amir dan Norfaizzul Abd Razak cukup bersemangat untuk menundukkan Jepun.

Baca Juga:

Ia jelas dibuktikan apabila Wataru Narawa, Toshitaka Naito, Yuki Sato dan Ryota Haruhara berada dalam cukup tertekan terutamanya pada peringkat awal permainan hingga membolehkan kem negara mendahului selesa 5-0.

Kelebihan itu digunakan sepenuhnya barisan pemain negara untuk terus berada dihadapan dan kemudiannya memenangi set pertama dengan 15-8.

Momentum cemerlang itu diteruskan pada set kedua walaupun Jepun tampil lebih garang tetapi masih belum cukup untuk menghalang skuad negara…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Alonso hampir pasti bimbing Real Madrid

Madrid: Bekas pemain tengah Sepanyol, Xabi Alonso dijangka akan menjadi pengurus baharu Real Madrid dengan kontrak tiga tahun apabila beliau meninggalkan Bayer Leverkusen selepas musim ini, lapor media Sepanyol, hari ini.

today12 May 2025