Seramai 206 pelatih PLKN 3.0 siri 2 gagal melapor diri 11 Mei lalu di Kem Rejimen 505 Askar Watanniah di Pekan Pahang.
Kesemua mereka yang gagal melapor diri itu, akan diberikan peluang untuk melapor diri sebelum 12 tengahari, 16 Mei hadapan.

Kegagalan berbuat demikian akan membuatkan pelatih pelatih ini berdepan tindakan perundangan termasuk penjara dan didenda – menurut laporan Buletin TV3.
Pelatih PLKN gagal lapor diri perlu ada alasan munasabah
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Latihan) JLKN, Brigadier Jeneral Zainudin Bahari, pelatih PLKN yang gagal melapor diri ini akan diminta untuk menyatakan alasan kenapa mereka tidak dapat melapor diri dengan alasan munasabah.

Kegagalan untuk menyatakan alasan munasabah atau tidak boleh diterima, ianya membuatkan pelatih PLKN 3.0 yang tidak melapor diri ini akan tertakluk di bawah Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara 2003.
Zainudin mengesahkan bahawa kes ini akan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: