Menerusi laporan Harian Metro, hasil keputusan tersebut, CEO GISBH, Nasiruddin Mohd Ali kekal ditahan di Penjara Sungai Buloh manakala isterinya, Azura Md Yusof memperoleh ikat jamin oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini.
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas mendapati permohonan kedua-dua pemohon itu tidak mempunyai merit.
“Tiada merit dalam rayuan ini, rayuan ditolak, keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan,” katanya.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: