Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia Atasi Thailand Untuk Juarai Acara Regu

today15 May 2025

Background


Malaysia mencipta sensasi di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur selepas menjuarai acara regu Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 setelah dengan penuh bergaya menundukkan Thailand 2-0 sebentar tadi.

Trio Syahir Rosdi (Tekong), Azlan Alias (Pelibas) dan Farhan Adam (Pengumpan) beraksi dengan cukup meyakinkan untuk meruntuhkan ego Thailand yang dibarisi Sittipong Khamchan (digantikan Thinbangbon) selaku tekong, Varayut Jantarasena (Pelibas) dan Yodsawat Uthaijaronsri (Pengumpan).

Kemampuan hebat Syahir dalam mencipta variasi servis, libasan serta ‘blocking’ mantap dari Azlan dan ketenangan umpanan Farhan menjadi ramuan secukup rasa buat skuad kendalian Ahmad Jais Baharun itu untuk menggembirakan penyokong setia negara.

Keadaan tersebut membuatkan kem Thailand cukup tertekan dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya Malaysia untuk menang set pertana 15-12.

Kecemerlangan itu diteruskan pada set kedua dengan kemenangan lebih mudah 15- untuk memastikan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Maresca pening serangan pincang

London: Chelsea perlu mencari penyelesaian alternatif di bahagian serangan ketika mereka menjadi tuan rumah menentang Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi Sabtu dengan Nicolas Jackson digantung perlawanan dan Christopher Nkunku masih diketepikan akibat kecederaan, kata pengurus Enzo Maresca hari ini.

today15 May 2025