Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Anak Pasangan Suami Isteri Tunggang Motosikal Dirempuh Nissan Navara Mahu Tuntut Keadilan

today16 May 2025

Background


Menurut Farah Natasya, ibunya, Suhailiza Shamsuddin, 49, masih dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala bapanya Faizal Mat, 53, dibenarkan keluar dari hospital semalam.

“Bagi ayah saya, luka di kakinya perlu dipantau dengan sangat rapi kerana dia menghidap diabetes, saya bimbang ia akan menjadi lebih teruk.

“Ibu saya sihat sahaja sebelum ini. Apabila saya melihat keadaannya sekarang, memang membuatkan saya terkilan,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda RM12,000 terhadap pemandu Nissan Navara berkenaan.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Iqmal Hazzwan


Previous post