Dalam operasi itu, antara tindakan diambil ialah penutupan premis serta-merta di bawah Akta Makanan 1983, yang dikeluarkan oleh PKD Seberang Perai Utara selepas mendapati tahap kebersihan premis berada di tahap membimbangkan.
Malah, sebanyak empat kompaun berjumlah RM4,000 serta dua notis atas kesalahan meletakkan halangan di tempat awam dan kegagalan mengemukakan visa pekerja asing yang sah turut dikeluarkan kepada pemilik restoran berkenaan.
“Operasi ini mencerminkan komitmen penuh pihak berkuasa dalam memastikan tahap kebersihan, keselamatan dan pematuhan undang-undang di premis makanan berada pada tahap yang tertinggi. MBSP menegaskan, tindakan penguatkuasaan akan terus diperhebat bagi mengekang premis yang gagal mematuhi peraturan.
“Pihak MBSP turut mengingatkan semua pengusaha premis makanan agar sentiasa mematuhi undang-undang berkaitan dan memastikan premis sentiasa bersih, selamat dan mematuhi standard yang ditetapkan demi kesejahteraan masyarakat,” kata kenyataan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: