KLANG – NES Security Door Marketing Sdn. Bhd. (NES) bercadang melebarkan sayap pasaran eksportnya bagi keluaran pintu keselamatan kediaman ke Amerika Utara dan Timur Tengah.
Misi ini bakal dicapai melalui pembukaan kilang baharu syarikat pengeluar tempatan berkenaan di Kawasan Perindustrian Meru Barat, Meru di sini baru-baru ini.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif NES, Datuk Seri Dom Tee berkata, kilang yang beroperasi sejak November tahun lalu itu meningkatkan kapasiti pengeluaran produk daripada 800 kepada 2,000 unit sebulan.
Menurut beliau, perluasan pasaran eksport kini semakin berkembang dan syarikat merangka pelan untuk menyasarkan pasaran Taiwan, Filipina dan Australia pada tahun ini.
“Syarikat turut merancang untuk memperluaskan pasaran ke negara di Amerika Utara, Timur Tengah dan Asia Selatan,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Terdahulu, NES memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan pelopor teknologi venir batu semula jadi dari Switzerland,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: