Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

JPN Ditegur Ekoran Lewat Siasat Kes Permohonan IC Lebih 10 tahun

today20 May 2025

Background
jpn


Menjadi satu tanggunjawab buat setiap jabatan untuk mengambil sebarang laporan yang dibuat oleh orang ramai dalam menyelesaikan isu yang dibangkitkan secepat mungkin.

Bagaimanapun, pendedahan mengejutkan daripada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Pegawai penyiasat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didapati culas dalam mengendalikan kertas siasatan permohonan kad pengenalan berusia lebih sedekad, sekali gus menimbulkan persoalan serius tentang integriti dan kecekapan.

jpn
Sumber Gambar: Kosmo

Tempoh siasatan yang berlarutan lebih sedekad dalam kes permohonan kad pengenalan tidak teratur telah menyebabkan kelewatan tindakan di JPN.

Kelemahan ini terbongkar selepas EAIC menerima aduan dan menjalankan siasatan mengikut Akta 700.

Lebih parah lagi, EAIC turut mendedahkan kehilangan sijil lahir asal yang disita oleh JPN, sekali gus melumpuhkan siasatan dan memanjangkan tempoh penyelesaian kes. Ini adalah satu kelemahan serius yang tidak boleh…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post